TAMCO Switchgear Malaysia Terajui Integrasi Kelestarian dan Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui

WETEX 2023 Dubai kukuhkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan kelestarian

KUALA LUMPUR, Nov 16, 2023 – (ACN Newswire) – TAMCO Switchgear, peneraju terkemuka dalam penyelesaian pengagihan dan kawalan elektrik akan menyertai Pameran Air, Tenaga, Teknologi, dan Alam Sekitar (WETEX) 2023 yang diadakan di Dubai pada 15-17 November. Di acara itu, TAMCO Switchgear akan mempamerkan komitmen teguhnya terhadap inovasi dan kemampanan dalam menyampaikan produk dan penyelesaian bertaraf dunia.

WETEX 2023 merupakan salah sebuah pameran terbesar di rantau ini yang didedikasikan untuk kelestarian dan teknologi tenaga bersih. WETEX 2023 menyediakan platform untuk pemain industri mengetengahkan inovasi terkini serta berkongsi rancangan mereka untuk transformasi sektor tenaga dan kemampanan.

Menurut Dr. Ir. Segaran Narayanan, Ketua Pegawai Eksekutif TAMCO Switchgear, “Sebagai sebuah syarikat, kami komited untuk berada di barisan hadapan dalam perniagaan pengagihan kuasa menerusi inovasi teknologi dan perkongsian perniagaan yang strategik. Kami berusaha untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam sektor pengagihan tenaga, dan selaku Penaja Emas WETEX 2023, kami berhasrat untuk mempamerkan komitmen berterusan kami terhadap penyelesaian yang lestari dan inovatif.”

“WETEX 2023 memberi kami peluang untuk bekerjasama dengan pemimpin industri dan syarikat yang berfikiran serupa. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada acara tahun ini, dan berharap dapat bertemu pelanggan dan rakan kongsi yang berpotensi di pameran itu nanti untuk sama-sama berusaha menangani cabaran tenaga dan alam sekitar yang bakal dihadapi,” Narayanan menambah.

Dr. Ir. Segaran Narayanan, CEO of TAMCO Switchgear

Penyertaan TAMCO Switchgear di WETEX 2023 bakal menyaksikan pasukan itu menunjukkan keupayaannya dalam membekalkan sumber kuasa elektrik yang dipercayai dan selamat. Sejajar dengan peralihan tenaga global, pasukan itu akan mengetengahkan produk serta penyelesaian yang disesuaikan bagi memudahkan peralihan sumber tenaga boleh diperbaharui untuk teknologi grid pintar. Penyelesaian ini menawarkan pengurusan grid yang dipertingkat, kebolehpercayaan serta kecekapan, disamping membuka laluan untuk lebih banyak jaringan pengagihan tenaga pintar dan saling berhubung.

Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat paparan fizikal Suis Terlindung Udara (Air Insulated Switchgear) TAMCO Switchgear dengan sensor terbina dalam, yang menepati trend pendigitalan dalam industri. Pengunjung dan peserta boleh melawat reruai untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian tercanggih yang memenuhi keperluan sektor tenaga dan alam sekitar yang berkembang, selaras dengan matlamat kelestarian dunia. Selain pameran, seminar turut diadakan sepanjang acara 3 hari itu. Devraj Manna, Pengurus Besar Kanan Penyelidikan & Pembangunan TAMCO Switchgear akan berada di tapak pameran untuk berkongsi pandangan beliau berkenaan tajuk “Modular & Future Ready Medium Voltage Hybrid SF6 Switchgear” yang dijadualkan pada 16 November 2023.

Sejak 1997, TAMCO Switchgear telah bekerjasama erat dengan Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) dalam menggerakkan banyak projek ikonik dan berprestij termasuk Burj Khalifa, Burj Al Arab, Lapangan Terbang Dubai, Palm Jumeirah, dan banyak lagi.

Di tanah air, TAMCO Switchgear telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat merentas sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan di Malaysia, antaranya seperti Tenaga Nasional Berhad, Sarawak Energy Berhad, PETRONAS, Sabah Electricity Sdn Bhd, dan Prasarana Malaysia Bhd.

Hari ini, TAMCO Switchgear merupakan salah satu pengeluar suis bersepadu secara menegak di Asia Tenggara dan merupakan pemain industri terkemuka di rantau ini, mengeksport lebih 50% daripada produk dan penyelesaiannya ke pasaran antarabangsa terpilih di Asia Tenggara, GCC, Australia, United Kingdom, dan Afrika.

TAMCO Switchgear plant
The TAMCO Switchgear booth at WETEX 2023 held in Dubai from 15-17 November.
Visitor at the TAMCO Switchgear booth at WETEX 2023

Untuk maklumat lanjut mengenai TAMCO Switchgear dan penyelesaian terkemukanya dalam industri, sila layari www.tamco.com.my.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Esther Liew | esther.liew@tamco.com.my | +03-3361 8200