Terselamat jatuh perigi 9 meter
New Haven: Ajaib apabila seorang lelaki di Connecticut, Amerika Syarikat terselamat selepas terjatuh ke perigi sedalam sembilan meter.
Ia selepas lelaki itu tidak perasan perigi itu yang ditutup dengan lantai papan di dalam sebuah rumah di Guilford.
Ketika kejadian, Dr Christopher Town dan isterinya membantu rakan mereka yang baru berpindah ke rumah berkenaan.
“Saya mendengar bunyi seperti benda retak sebelum melihat ke arah lantai. Saya kemudian terjatuh ke dalam perigi itu.
“Saya terfikir cara untuk keluar dari perigi itu. Mujur, isteri perasan sebelum dia menghubungi talian kecemasan,” kata Town seperti dipetik portal Fox News.
Sementara itu, Jabatan Polis Guilford mendedahkan misi menyelamat yang dilakukan bomba itu boleh dianggap luar biasa.
Jabatan itu mengesahkan bahawa rumah sewa itu dibina pada 1843 sebelum diubah suai pada 1981.
“Kedudukan perigi itu seperti berada di luar rumah asal dan hanya ditutup dengan lantai kayu. Ia kini berada di dalam rumah.
“Apabila penyewa baharu masuk, seorang rakannya terjatuh ke dalam perigi yang dipenuhi pada suhu yang sungguh sejuk.
“Ajaibnya, mangsa hanya mengalami cedera dan dihantar ke hospital,” katanya.
Katanya, insiden terbabit memberi petunjuk bahawa rumah lama itu kemungkinan tidak diubah suai mengikut piawaian semasa.