Tentera Korea Utara lepas tembakan

Seoul: Tentera Korea Utara melepaskan tembakan ke arah Korea Selatan di Zon Demiliterisasi, yang memisahkan kedua-dua negara.

Susulan itu, Tentera Korea Selatan membalas tembakan berkenaan.

Kejadian itu sehari selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un membuat kemunculan semula di khalayak awam, selepas tidak dilihat hampir tiga minggu.

Secara teknikalnya, Korea Utara dan Korea Selatan masih berperang selepas tamat Perang Korea pada 1953.

Ia memandangkan tiada perjanjian damai ditandatangani oleh kedua-dua negara.