Sepanyol buka pintu sempadan

Madrid: Sepanyol membuka semula sempadannya pada Ahad sekali gus langkah paling signifikan di Eropah, pasca Covid-19.

AFP melaporkan trafik masuk dan keluar kini dibenarkan melalui sempadan dengan Perancis.

“Kami mahu berada di Sepanyol untuk menikmati cahaya matahari, pantainya dan tapas

(hidangan tradisional tempatan). Saya sudah memakai pakaian renang di dalam baju saya,” kata seorang pelancong Perancis, Sylvia Faust, yang memasuki Sepanyol bersama anak perempuannya yang berusia 17 tahun.

Sepanyol sebelum ini menjadi antara negara terjejas teruk akibat Covid-19 di Eropah.

Bagaimanapun, ia kini membuka sempadannya untuk memulihkan semula industri pelancongan.

Penduduk negara ahli Kesatuan Eropah, warga Britain dan negara zon Schengen yang bebas pasport dibenarkan untuk memasuki negara itu menerusi udara dan laut.

Mereka boleh berbuat demikian tanpa perlu menjalani kuarantin.

Kira-kira 100 penerbangan sudah mendarat di Sepanyol, sejak pihak berkuasa melonggarkan perintah kawalan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19