Mencuri sebab anak

Palembang: Akibat kemiskinan, seorang lelaki di Indonesia sanggup meragut demi memenuhi permintaan anaknya yang mahukan telefon pintar untuk belajar dalam talian.

Dia ditahan masyarakat setempat ketika meragut di Jalan SH Wardoyo, Sumatera Selatan, Isnin lalu sebelum dihantar ke balai polis berdekatan.

Rahsia lelaki itu terbongkar selepas suspek mengaku meragut gajet berkenaan kerana mahu menunaikan hajat anaknya.

Menurut pengakuannya di Balai Polis Seberang Ulu 1 Palembang, dia tiada pilihan mencari jalan pintas itu berikutan tidak mempunyai pendapatan selepas tidak bekerja.

Katanya, anak lelakinya yang bersekolah menengah di tahun pertama kerap mendesaknya membelikan telefon bimbit untuk keperluan belajar dalam talian.

“Telefon itu saya curi untuk anak saya selepas sering diasak membelikannya, tetapi saya tiada wang kerana tidak bekerja.

“Akhirnya saya putuskan meragut ketika mangsa berjalan di depan saya. Saya menyesal,” katanya seperti petikan portal Kompas. com

Sementara itu, Ketua Polis Mario Ivanry mengesahkan siasatan lanjut masih dilakukan termasuk menilai setiap pengakuan suspek.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman di bawah akta kecurian dengan kekerasan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun.

Setakat semalam, Indonesia merekodkan 27,549 kes positif 27,549 dengan 1,663 kematian.