Kucing tertua dunia mati
London : Rubble, kucing tertua di dunia di Exeter, England, mati pada usia 31 tahun.
New York Post melaporkan berita sedih itu dikongsi oleh pemiliknya, Michele Heritage, 52 .
Menurut Michele, Rubble dihadiahkan kepadanya ketika ulang tahunnya yang ke-20.
“Rubble asalnya adalah kepunyaan rakan saya. Memandangkan tinggal sendiri dan sunyi, saya bawa Rubble yang ketika itu masih kecil pulang ke rumah.
“Rubble sahabat luar biasa pernah saya miliki dan sesuatu yang menggembirakan kerana dapat bersamanya dalam tempoh yang lama,” katanya.
Menurut Michele, Rubble dapat hidup lama kerana kucing peliharaannya itu sentiasa diberi perhatian dan dijaga dengan rapi.
“Saya menjaganya seperti anak sendiri. Mungkin sebab itu Rubble dapat hidup lama,” katanya.
Wanita itu tidak mempunyai anak dan pernah memelihara kucing lain tetapi mati ketika haiwan berkenaan berusia 25 tahun.
Michele berkata, sebelum mati, tahap kesihatan Rubble merosot.
“Rubble tidak makan sebaliknya hanya minum air, sedangkan, Rubble lazimnya sukakan makanan,” katanya.
Rekod kucing tertua sebelum ini dipegang oleh Creme Puff yang hidup selama 38 tahun selepas dilahirkan pada 3 Ogos 1967 dan mati pada 6 Ogos 2005.