Korea Utara letupkan pejabat hubungan
Seoul: Korea Utara meletupkan pejabat perhubungan negara itu dan Korea Selatan.
Bangunan itu terletak di Kaesong, bandar di Korea Utara yang terletak berhampiran dengan sempadan Korea Selatan.
Agensi berita Yonhap memaklumkan maklumat itu diterima daripada sumber ketenteraan Korea Selatan.
Sebelum ini, Korea Utara membuat beberapa ancaman terhadap Korea Selatan termasuk mengancam menghancurkan pejabat yang dibina pada 2018 itu.
Adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Yo Jong minggu lalu mengatakan kompleks perindustrian bersama di mana pejabat perhubungan ditempatkan tidak lama lagi akan dilihat “runtuh sepenuhnya”.
Satu letupan dapat didengari dan asap dilihat naik berhampiran kompleks itu, lapor Yonhap dengan memetik sumber yang tidak disahkan.