Kakitangan Google, Facebook kerja dari rumah hingga 2021

San Francisco: Google dan Facebook memaklumkan sebahagian besar pekerjanya untuk kekal bekerja dari rumah sehingga hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha dua syarikat gergasi telekomunikasi itu dalam menangani pandemik Covid-19.

Ketua Eksekutif Google, Sundar Pichai berkata, dasar bekerja dari rumah akan dilanjutkan sehingga 2021.

Kepulangan kakitangan ke pejabat dijangka dibuat secara berperingkat, menurut syarikat itu.

Google turut memberikan cuti pada 22 Mei nanti kepada semua kakitangannya bagi mengatasi tekanan berkaitan kerja dari rumah.

Katanya, ia juga akan membuka semula pejabat seawal Jun nanti, namun sebahagian besar kakitangan akan terus bekerja dari rumah.

Berita itu muncul selepas media Amerika Syarikat melaporkan Facebook akan membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah sehingga hujung tahun ini.

Kakitangan Google yang perlu kembali ke pejabat boleh berbuat demikin dalam tempoh sebulan ini dengan langkah keselamatan tambahan dilaksanakan tetapi kebanyakan pekerja akan terus bekerja dari rumah.

Facebook menyemak perancangan untuk membuka semula pejabat pada awal Julai ini, tetapi membolehkan pekerja bekerja dari rumah sekiranya mereka mahu sehingga 2021, menurut laporan.