Geli atau cantik?
SEORANG bekas pesakit barah payudara yang menetap di Ohio, Amerika Syarikat bijak mencari peluang menjana pendapatan dengan hanya menjual rakaman video kuku kakinya yang panjang luar biasa.
Mirror UK melaporkan, Arinda Storm Weaver, 58, memiliki kuku kaki dengan panjang luar biasa itu kerana jarang memotongnya.
Keadaan itu menyebabkannya dia tidak dapat memakai kasut bertutup mahupun berlari.
Meskipun apa yang menghairankan, ramai yang sanggup membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan rakaman video kuku Arinda.
Arinda mengenakan caj 11.50 Pound Sterling (kira-kira RM62) untuk setiap video berdurasi 10 minit.
Pendapatan lumayan diterimanya itu menyebabkan Arinda nekad meletak jawatan sebagai akauntan.
Segalanya bermula pada 2006 iaitu selepas Arinda sembuh daripada menjalani pembedahan mastektomi iaitu membuang payudara.
Dia mula mendapat permintaan daripada pengguna media sosial yang mahu melihat kuku kakinya itu.