Covid-19: Beijing batal 1,255 penerbangan

Beijing: Pihak berkuasa membatalkan sekurang-kurangnya 1,255 penerbangan masuk dan keluar dari bandar raya ini.

People’s Daily melaporkan ia mewakili hampir 70 peratus daripada perkhidmatan penerbangan.

Media milik kerajaan itu mendakwa arahan berkenaan susulan kebimbangan penularan Covid-19.

Ketika ini, pihak berkuasa menggesa penduduknya supaya tidak meninggalkan bandar berkenaan.

Pada masa sama, beberapa wilayah lain juga sudah mengarahkan supaya individu yang mengembara dari Beijing untuk menjalani kuarantin.

Ia selepas 130 kes baharu dikesan di ibu negara China, sejak beberapa hari lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19