Covid-19: AS catat sejuta kes
Washington: Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi satu juta.
Ia ketika beberapa negara termasuk Sepanyol, Rusia dan Nigeria mula melonggarkan perintah sekatan di negara masing-masing.
Di AS, angka korban akibat virus itu melebihi jumlah kematian tenteranya pada Perang Vietnam.
Setakat semalam, 1,010,717 kes Covid-10 direkodkan dengan 58,365 kematian.