Covid 19: Angka kematian AS melepasi 150,000
Washington: Amerika Syarikat mencatatkan situasi membimbangkan apabila kematian akibat Covid-19 melepasi 150,000 orang pada Rabu lebih tinggi daripada jumlah angka korban di negara lain.
Brazil menjadi negara kedua terjejas selepas merekodkan lebih 90,000 kematian.
Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis dijangka mengemas kini semula senarai negara yang diluluskan untuk perjalanan ke blok Eropah yang dikaji semula setiap dua minggu.
AS dijangka tidak termasuk dalam senarai berkenaan berdasarkan situasi semasa pandemik melanda negara itu.
Senarai selamat bagi EU termasuk Australia, Kanada, Georgia, Jepun, Maghribi, New Zealand, Rwanda, Korea Selatan, Thailand, Tunisia dan Uruguay.
Setakat Rabu, AS mencatatkan 1,267 kematian baharu dalam tempoh 24 jam serta lebih 68,000 ke baharu setiap hari.
Negeri di sebelah selatan dan barat paling teruk terjejas terutama Florida yang merekodkan lebih 6,300 orang maut.
Sementara itu, beberapa negara Eropah melarang sekatan perjalanan ke dan dari Sepanyol.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, yang baru saja mengumumkan kuarantin bagi pelancong dari Sepanyol, menjangkakan seluruh Eropah mungkin menghadapi gelombang kedua.
Menteri kesihatan Perancis membidas kembali pada Rabu bahawa negaranya tidak tersenarai dalam gelombang kedua berkenaan.