China arah konsulat AS di Chengdu ditutup
Beijing: China menarik balik lesen Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Chengdu, bandar di barat daya China.
Ia sebagai tindak balas kepada tindakan AS yang mengarahkan konsulat negara itu di Houston, Texas, ditutup.
Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, ia adalah langkah sah dan wajar dengan mengambil kira apa yang dilakukan AS.
Berita berkaitan
• Tutup konsulat: China balas tindakan AS
• Ada lagi kedutaan, konsulat China ditutup?
• Tutup konsulat: China anggap ‘provokasi politik’