Bursa Saham Pakistan kena serang

Karachi: Enam orang terbunuh dalam serangan bersenjata di Bursa Saham Pakistan di sini, pada Isnin.

Kenyataan Polis Karachi mengesahkan, seorang daripada mangsa yang maut adalah anggota polis selepas penyerang melepaskan tembakan dan melemparkan bom.

Katanya, insiden itu turut menyebabkan mangsa lain terbunuh membabitkan empat pengawal keselamatan dan seorang orang awam.

Kenyataan itu berkata, pasukan keselamatan berjaya menembak mati empat penyerang bersenjata berkenaan.

“Polis merampas senjata automatik moden serta bahan letupan daripada pengganas,” katanya.