Keuntungan OYO mengganda kepada 30 cr Rupee India
KUALA LUMPUR, Feb 13, 2024 – (ACN/NewsVoir) – Oravel Stays Ltd yang menguruskan jenama teknologi pelancongan, iaitu OYO, melaporkan bahawa ia telah menggandakan keuntungan selepas cukainya (PAT) secara berturutan kepada hampir 30 puluh juta Rupee India pada suku ketiga tahun 2024. Syarikat tersebut telah merekodkan suku untungnya yang pertama dengan mencatatkan keuntungan selepas cukai melebihi 16 cr Rupee India pada suku kedua tahun 2024. Penubuh dan Ketua Pegawai Eksekutif OYO, Ritesh Agarwal, berkongsi tentang perkembangan berkaitan dengan kenaikan keuntungan sebanyak dua kali ganda ini dalam suatu perjumpaan dengan para pekerja. Beliau mengatakan bahawa “Dalam suku yang akan datang, kami menjangkakan kenaikan keuntungan selepas cukai secara konsisten yang dijana oleh peningkatan keyakinan penaung, pengalaman pelanggan yang bertambah baik (Cx) dan keadaan pasaran yang merangsang pertumbuhan secara berterusan.”
Beliau juga berkongsi bahawa syarikat tersebut telah mencatatkan EBITDA Diselaraskan hampir 750 cr Rupee India / 90 juta US Dollar pada tahun 2023 dan dijangka akan mencatatkan EBITDA Diselaraskan hampir 1000 cr Rupee India / 120 juta US Dollar pada tahun 2024, iaitu melebihi EBITDA Diselaraskan yang dijangkakan sebanyak 800 cr India Rupee pada tahun 2024.
Hasil pendapatan OYO juga bertumbuh hampir 10% tahun ke tahun pada suku ketiga tahun 2024. Agarwal juga berkongsi bahawa OYO telah mencatatkan peningkatan bilangan hotel dalam platform hampir 27% berbanding tahun lepas. Syarikat tersebut telah berjaya mengoptimumkan kos operasinya sebanyak 15% pada suku ketiga tahun 2024 berbanding dengan tempoh masa yang sama. Syarikat tersebut telah mengemukakan Akaun Tahunannya untuk tahun 2023, tetapi kemas kini tersebut masih belum diauditkan.
Kebelakangan ini, OYO mencatatkan pembelian balik hutang sebanyak 1620 cr Rupee India. Proses pembelian balik tersebut merangkumi pembelian balik sebanyak 30% TLB terkumpul OYO yang bakal luput sebelum Jun 2026. Sumber berhampiran dengan transaksi tersebut menekankan bahawa keputusan OYO untuk melangsaikan hutang menunjukkan kesanggupannya untuk mengurangkan leverage kewangan dan mempamerkan prestasi kewangan syarikat yang teguh. Syarikat tersebut mencapai keuntungan operasi pada tahun 2023 dengan mencatatkan EBITDA Diselaraskan hampir 275 cr Rupee India dan merancang untuk menjana pertumbuhan dan pengembangannya pada masa akan datang menerusi keuntungan yang diperolehi.
Agensi penilaian kredit antarabangsa, Fitch & Moody’s telah menilai usaha OYO untuk membeli balik hutang terkumpulnya sebagai suatu langkah positif. Fitch melaporkan bahawa tindakan ini akan memperbaiki leverage EBITDA OYO dan mereka akan mengambil tindakan penilaian yang positif. Moody’s menggandakan jangkaan EBITDA terlarasnya untuk tahun 2024 daripada 50 juta US Dollar (diunjurkan pada Mei 2023) kepada 90 hingga 100 juta US Dollar.
Kebelakangan ini, OYO mengumumkan pelan pembangunannya di beberapa tapak rohani yang utama di seluruh negara. Ini disokong oleh peningkatan pelancongan domestik dan kenaikan permintaan terhadap pelancongan rohani. Sebelum hujung tahun 2024, OYO telah bersiap sedia untuk melancarkan 400 harta tanah di destinasi popular seperti Ayodhya, Puri, Shirdi, Varanasi, Amritsar, Tirupati, Haridwar, Katra-Vaishno Devi dan Char Dham.